Pos berkaitan:
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3
Terlebih dahulu izinkan saya untuk memohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana penanguhan bahagian ke-3 lawatan ke Melaka.
Sekali lagi kami menikmati sarapan yang disediakan oleh krew restoran hotel. Seperti biasa, tiada keistimewaan dengan sarapan tersebut. Kerepek jagungnya telah lemau ketika dihidangkan. Pisangnya teramat besar dan saiznya teringatkan orang di sebelah saya. Adalah tidak patut untuk kami merungut banyak kerana hidangan hari ini disediakan percuma.
Selepas sarapan, kami mengemas bagasi dan bersedia meninggalkan Melaka. Dengan sedihnya, saya menyerahkan kad kredit kepada penyambut tetamu di lobi dan memikirkan bil yang harus dibayar bulan depan.
Sebelum kami meninggalkan Melaka, kami masih sempat bertandang ke sebuah kedai yang terkenal dengan pelbagai jenis tart. Teringin saya memesan kesemua tart di sana tetapi perut tidak mengizinkan. Harganya tidak murah dan rupa luarannya teramat biasa tetapi rasanya agak elok jika dimakan sebagai manisan. Keju yang melekat di gigi masih terasa selepas meninggalkan kedai.
Dengan memikul beg yang berat, kami berjalan kaki menuju ke gerai popiah di Jalan Bunga Raya. Di pertengahan jalan, kami berhenti untuk membasahkan tekak dengan ais krim yang tiada keistimewaan. Penulis blog di internet menyatakan ais krim di sini adalah buatan sendiri. Malang sekali, lidah saya tidak dapat membezakan ais krimnya dengan ais krim potong di Kuala Lumpur.
Setibanya kami di gerai popiah tersebut lebih kurang pukul 12, kami dihampai dengan notis oleh tuan punya gerai.
Dengan perasaan tidah puas hati, kami mengunjungi gerai cendol dan laksa di Jalan Hang Jebat dan kali ini kami menikmati laksa ala lain. Berbeza dengan laksa baba, laksa di atas diperkaya dengan rasa pedas nyonya yang tidak keterlaluan. Sekali lagi hati saya terobat dan boleh meninggalkan Melaka dengan hati yang tenang.
Di sini, ingin saya lafazkan ribuan terima kasih kepada Khai kerana membelikan kami peta Melaka. Tanpa peta, adalah tidak mungkin kami mengenali jalan di sana.
Di sinilah perjalanan dan pengembaraan mencari makanan di Melaka berakhir dengan perut boncit dan berat badan yang meningkat. Semestinya akan saya lawati Melaka pada hari akan datang. Bukan esok atau bulan depan. Besar kemungkinan tahun hadapan saya akan balik ke sana untuk mencari makan lagi.
[Jino] - A man's not a man unless he knows how to shoot
Tarikh: 27 Mac 2011.
Lokasi: Melaka.Terlebih dahulu izinkan saya untuk memohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana penanguhan bahagian ke-3 lawatan ke Melaka.

cheesy tart + nyonya laksa + cendol= so fattening .:P
ReplyDeleteHahahaha!!! It's been so long since I read things in Malay! Never realise it has become so bad! No one here speaks with me in Malay! Anyway~! I cannot help but think something very wrong when i read the comment on the banana...
ReplyDeleteGawd...
Sorry Jino!! @@
nicholas: we are blessed to not gain fat from eating just these.
ReplyDeletekenji: haha my malay isn't good to start with. i dont blame you for the banana part 'coz it's meant to be that way.